A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

Belajar Mengira – Count the Bears!

Assalamualaikum Mothers,

Saya sedangย perlahan-lahan ajar Aqeel mengira, di rumah. May Allah make it easy for us. ๐Ÿ™‚ Sebelum ini ajar sampai 3. Hihi. Sekarang nak cuba naik sikit, sampai 5. ๐Ÿ™‚

Untuk ajar anak-anak kecil, terutamanya berumur 4 tahun ke bawah, perlu menggunakan LESS PAPER. Paperlessย lagi bagus!

Count the Bears!

Untukย ajar Aqeel mengira kali ini, saya gunakan ‘counters‘ atau bahan untuk mengira. Ibu2 boleh je gunakan apa sahaja bahan yang ada mengikut kreativiti masing-masing, tak perlu beli pun takpe. ๐Ÿ™‚ Ini saya saja beli, sebab dia suka bear, dan saya rasa senang nak saya basuh dan guna semula. ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan yang saya gunakan:

  • Playdoh (boleh klik sini untuk resipi ya).
  • Pinggan (memang satu set dengan counters tersebut).
  • Counters (bear berwarna-warni yang dapat dilihat dalam gambar)
  • Nombor 1-5 yang saya print.

kira bear

Senang je aktiviti ini…

Di dalam setiap pinggan saya letakkan seketul playdoh dan nombor. Saya mulakan dengan nombor satu. Saya letak satu bear atas playdoh dan sebut “One. One bear.” Kemudian seperti biasa, Aqeelย teruja nak mengikut. Dia letakkan sendiri bear dalam pinggan-pinggan seterusnya sambil saya kira dalam rentak yang dia dapat ikut (tak laju sangat dan tak perlahan sangat),

One Two. Two bears.”

One Two Three. Three bears.”

Mana yang dia dapat ikut, dia ikut. Saya tak paksa. Tapi saya teruskan sahaja tunjuk dan kira untuk dia. Seperti biasa, apabila saya mengajar anak-anak kecil usia 4 tahun ke bawah, saya tidak harapkan respon daripada kanak-kanak tersebut. Kalau dia ikut atau sebut, Alhamdulillah. Kalau dia diam dan cuma letakkan atas playdoh, juga Alhamdulillah. Ibu2 tak perlu risau kalau anak-anak tak respon. In sha Allah perlahan-lahan, atau apabila dia nak respon, dia akan respon. Dan kita akan tengok tiba-tiba dia boleh buat je semua benda dengan sendiri.

bear on playdoh

Aktiviti begini bagus untuk kuatkan tangan comel anak-anak, in sha Allah.

Mungkin ada yang pelik dengan cara saya ini. Dulu pun saya rasa tak puas bila anak-anak tak respon,ย sebab tak dapat nak tahu samada anak faham atau tidak. Tetapi, subhanAllah, selepas kerap ajar anak-anak, saya lihat memang itu cara kanak-kanak. Mereka biasanya serap dahulu informasi. Kemudian, in sha Allah, suatu hari mereka dengan selamba ‘keluarkan’ segala pemahaman mereka! TabarakAllah! Boleh lah cuba kalau nak cuba ๐Ÿ™‚ Alhamdulillah saya rasa tenang bila ajar anak-anak dengan cara sebegini – tidak mengharapkan respon. Terus je ajar, keep sharing and teaching them.. ๐Ÿ™‚

Nota

Saya beri Aqeel buat sendiri playdoh. Saya letakkan bahan-bahan dalam satu dulang dan minta dia kacau dan uli sendiri. Kira macam sensory play jugaklah! ๐Ÿ™‚ Nombor-nombor itu pun dia potong sendiri. Semangat dia menggunting. Jadi sebenarnya, bila nak mengajar anak-anak di rumah, kita tak perlu sediakan semua. Anak-anak pasti teruja dan sukarela menjadi tenaga pembantu. Hihihi. And usually, they appreciate the learning session better when they are fully involved from beginning to end. In sha Allah..

Aqeel cuma ulang aktiviti ini sekali. Daripada pemerhatian saya, sekiranya dia cuma ulang sekali atau tidak ulang, maknanya perkara tersebut agak ‘susah’ untuk dia, atau perkara baru yang memerlukan dia berfikir agak ‘dalam’ (hihihi), atau kadang-kadang dia tak minat nak buat. Jadi saya tak paksa.

Saya buat pula aktiviti kedua!

Find the Bears!

Kali ini, saya sorokkanย bear dalam playdoh dan minta dia cari! Hihihi. Dalam pinggan nombor 1, saya sorokkan 1 bear. Pinggan nombor 2, saya sorokkan 2 bear. Dan seterusnya. Saja nak ulang aktiviti mengira, tapi dalam kaedah yang lain. ๐Ÿ™‚ Aleeyah beritahu dia, dia macamย archeologist! ๐Ÿ˜› Lagi dia happy nak cari. ๐Ÿ™‚

sorok bear

Bila dia jumpa satu bear, saya mula kira, “One! One bear!” Dan seterusnya.. Bersemangat dia mencari!

cari bear

ย Siap guna ‘garpu’ nak cari bear. ๐Ÿ™‚

ย Selepas itu, saya beri dia main dengan counters tersebut. ๐Ÿ™‚ Anak-anak kecil memang suka main dengan playdoh, dan main sorok-sorok benda ni. ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, itulah salah satu aktiviti di rumah yang saya buat untuk ajar anak saya, Aqeel (in sha Allah 3 tahun bulan Oktober ini) asas matematik. Saya cuba ajar dia konsep mengira, bukan sahaja hafal kiraan 1-10. Boleh dapat keterangan sedikit tentang konsep ini (one to one correspondence) dengan klik di sini ya. ๐Ÿ™‚

Selamat mencuba kepada yang berminat! May Allah help us to help our children. ๐Ÿ™‚ May Allah open their hearts to seek beneficial knowledge in their entire lives. ๐Ÿ™‚

Jazakumullahukhairan..