A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Playdate: Buat donut!

Leave a comment

Assalamualaikum Mothers,

Wow, post pertama selepas beberapa bulan. 🙂

Alhamdulillah, sekarang saya sedang mengandung anak keempat. Usia kandungan sudah masuk 4 bulan, dan Alhamdulillah, fasa ‘mabuk’ sudah berakhir. Maka dapatlah saya menulis semula, in sha Allah. 🙂

Dan Alhamdulillah, dapatlah saya meneruskan semula aktiviti anak-anak yang saya kurangkan semasa fasa awal kehamilan. May Allah make things easy for us. Saya juga doakan ibu2 yang sedang melalui cabaran kehamilan supaya diberikan kemudahan dan kekuatan oleh Allah S.W.T. 🙂

Playdate

Seperti biasa, pada setiap hari rabu (kecuali sekiranya keadaan tidak mengizinkan), Aqeel ada sesi playdate bersama kawan-kawannya. Pada hari rabu lepas, cuma 2 orang sahaja yang dapat menghadiri playdate tersebut, iaitu Aqeel dan kawannya Zhariff. Walaubagaimanapun, playdate tetap diteruskan! 🙂

Kami buat donut bersama-sama! Moh saya kongsikan apa yang anak-anak kami buat ya.

Sediakan Doh

Pagi rabu, lebih kurang 2 jam sebelum playdate, saya sediakan doh donut. Saya bukan pakar masakan ye, dan saya juga tak berapa minat nak menguli. 🙂 Jadi saya gunakan bread maker sahaja.

Ya Allah, seronoknya guna bread maker ni. Main masuk-masuk sahaja bahan-bahan, lepas tu mesin tolong uli dan ‘kembang’kan doh tersebut. Bila masa tamat, saya cuma buka penutup bread maker, dan tadaaaa! Doh gebu dah siap! Alhamdulillah! Mudah, jimat tenaga dan hasilnya memuaskan! Boleh mengemas rumah sambil mesin menguli doh!

Doh bread maker

Doh donut

Lepas tu, kami bawa doh ke rumah kawan kami untuk mulakan playdate! 🙂

Bentukkan Donut

Kami bahagikan doh kepada 1 bahagian besar dan 2 bahagian kecil. Zhariff yang memang dah biasa ‘tolong’ ibunya yang memang suka buat kek dan ‘baking‘, sangat teruja nak menguli doh. Aqeel agak ragu-ragu pada awalnya. Biasanya dia cuma main playdoh, jadi mungkin dia ‘terkesima’ sekejap bila dapat peluang buat doh yang ‘real‘! 🙂 Sebab saya tak pernah buat doh sebegini sebelum ini. Hihihi.

Zhariff dan Aqeel dapat 1 bahagian kecil setiap seorang. Bahagian yang besar, mak-mak yang uli, kerana dapat dijangka, bahagian anak-anak pasti akan diuli atas karpet dan sebagainya. Hihihi. 🙂

Mereka uli…

uli doh

Roll dan bentukkan donut ikut bentuk ‘suka hati’…

roll dan tekap

In sha Allah, aktiviti sebegini bagus untuk kanak-kanak baya Aqeel dan Zhariff (2-3 tahun), untuk:

  • Tingkatkan skil motor halus mereka.
  • Tingkatkan keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baru.
  • Tingkatkan kreativiti, kerana selepas ditunjukkan satu contoh, kebiasaannya mereka akan cuba guna teknik yang lain pula.
  • Belajar dan membiasakan diri untuk ikut sesuatu prosedur.
  • Dan sudah pasti, have fun! 🙂

Macam-macam bentuk kami buat! 🙂 Ada bentuk bulat, ada bunga, ada bintang, dan macam-macam lagi!

macam2 bentuk donut

Play time!

Lepas doh ‘naik’, ibu2 goreng donut dan sediakan topping. Anak-anak pulak terus main uli-uli dan apa sahaja mainan yang mereka nak main! 🙂

main uli2

Saya suka tengok anak-anak kecil bermain sama-sama. 🙂

play time

Dah siap goreng! Donut semut dan caterpillar pun ada!

donut

donut

Topping

Masa untuk letak topping!

Kawan saya sediakan topping dengan menggunakan coklat putih, whipping cream dan sedikit pewarna makanan. Zhariff dan Aqeel sapukan sendiri topping tersebut dan taburkan dengan ‘chocolate rice‘ berwarna warni.

topping donut

topping donut

Sambil buat, sambil makan!

Makan Sambil Buat

Tadaaaaa! Ini hasilnya! Alhamdulillah! Boleh jual kat Krispy Creme dah ni! 🙂

donut

Nota: Saya memang suka benarkan anak-anak kecil buat sesuatu sendiri, terutama dalam perkara sebegini dan juga artworks. Saya jarang tolong kecuali mereka menghadapi kesukaran. Mungkin pada pandangan mata orang dewasa, hasil mereka tidak memuaskan, tetapi pada mereka itulah hasil terbaik yang dapat dibuat. Selain itu, saya percaya, mereka dapat belajar untuk nilaikan sendiri hasil mereka dan berusaha untuk ‘improve‘ berdasarkan skala kualiti mereka sendiri. Yang penting ialah proses menghasilkan, bukan hasil yang cantik. Saya juga tidak mahu sekat kreativiti anak-anak dengan memaksa mereka ikut buah fikiran saya. SubhanAllah, anak-anak ada fikiran kreatif tersendiri yang sebenarnya menakjubkan! Allahu’alam, Allah knows the best! 🙂

Selamat mencuba kepada ibu2 yang berminat! Kita boleh buat kelas ‘baking‘ dan ‘cooking‘ sendiri di rumah bersama kawan-kawan dan anak-anak. Tak perlu hantar kelas dah. Dapat berjimat sedikit dan lagi seronok sebenarnya! Hihihi. 🙂

Jazakumullahukhairan. 🙂

Leave a comment